Jenazah Allahyarham Muhammad Danial Syed Syakir disembahyangkan di Masjid Al-Taqwa Bandar Bukit Mahkota Kajang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 11 OGOS 2019

KUALA LUMPUR – Warganet hari ini melancarkan satu petisyen bagi mendapatkan keadilan di atas kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir, kelmarin.

Petisyen yang dinamakan ‘Keadilan buat kematian Syed Muhammad Daniel Syed Syakir’ dibuat oleh Muhammad Al Hakim Sayed Nasir.

Ia susulan kematian Syed Muhammad Daniel, 29, selepas berlaku pergelutan ekoran perselisihan faham setelah berlaku kemalangan di Kilometer 239 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, berhampiran susur Bandar Baru Bangi, Sabtu lalu.

Melalui video yang tular di media sosial, mangsa yang kelihatan tidak bermaya kelihatan berada di bahagian pembahagi jalan bersama-sama dengan seorang lagi lelaki.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata polis telah menahan sepasang suami isteri, masing-masing berumur dalam lingkungan awal 40-an dan lewat 30-an bagi membantu siasatan.

Malah kedua-duanya sudah direman selama tujuh hari sehingga 17 Ogos.

Seorang netizen yang menandatangani petisyen berkenaan turut berkata beliau mengharapkan keadilan buat arwah Syed Muhammad Daniel.

“I want justice for the victim and his family. No cover up. (Saya mahu keadilan untuk mangsa dan keluarganya. Jangan lindungi sesiapa),” kata Md Salleh Shahibbudin Shariffudin.

Menurut Ahmad Zulhilmi, insiden ini tidak boleh dikaitkan dengan isu perkauman malah ia melibatkan jiwa rakyat Malaysia.

“Keadilan perlu ditegakkan. Tolak ketepi perkauman, ini adalah kemanusiaan,” katanya.

Dalam masa 33 minit, petisyen sudah ditandatangani lebih 150 warganet.

Petisyen boleh ditandatangani di https://www.change.org/p/lebuhraya-hukuman-mati-terhadap-pesalah-lebuhraya-pada-hari-raya-aidiladha?signed=true -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Bila buku bertemu ruas, dah dua dua samseng. Now ada pulak nak justice utk dia. Apa ker bingai nya, so kalau Cina tu pulak yg goal. Adakah korang nak buat perkara yg sama. Bodoh tu jgn share didunia maya. Apa hal yg si mangkuk hayun tu bawak kayu besball & hayun kat kereta Cina tu. Undang undang mana dia pakai yg menghalalkan apa mangkuk tu buat. Nasib baik dia goal jika hidup. Mungkin membiakkan generasi samseng pulak.

Comments are closed.