Rafael Nada; berjaya mempertahankan kejuaraan Rogers Cup 2019 menundukkan jaguh Rusia 6-3 6-0 dalam aksi final di Montreal semalam.

KANADA – Rafael Nadal berjaya mempertahankan gelaran Rogers Cup edisi 2019 selepas merekodkan kemenangan ke atas bintang tenis Rusia Daniil Medvedev.

Nadal juara 18 kali Grand Slam menamatkan saingan perlawanan akhir dengan keputusan 6-3 6-0 di Montreal semalam.

Jaguh Sepanyol itu hanya mengambil masa sejam 10 minit di Montreal untuk merangkul kejuaran kelima Kanada itu.

Ia juga merupakan kemenangan perlawanan ke1,000 dalam kariernya dan gelaran Masters ke-35.

“Saya rasa telah beraksi dalam satu perlawanan yang sengit dan satu aksi terbaik saya minggu ini,” kata pemain berusia 33 tahun itu.

Medvedev yang menduduki rangking ke-8 dunia telah menewaskan dua jaguh 10 teratas dunia untuk mara ke pentas akhir temasya kali ini.- MalaysiaGazette