Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Lim Kit Siang sepatutnya hadir ke Program Jelajah Dakwah Dr Zakir Ke Kelantan 2019 untuk berhujah dan menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap pendakwah itu.

Pengarah program itu Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, jemputan telah dihantar kepada Penasihat DAP itu pada 9 Ogos namun beliau gagal hadir, sebaliknya membuat kenyataan selepas itu.

Justeri Che Abdullah menyarankan Kit Siang yang juga veteran DAP mengunci mulutnya setelah tidak menggunakan peluang yang diberikan sebaiknya.

“Jemputan itu dibuat setelah YB Lim Kit Siang membuat kenyataan sinis agar Dr Zakir Naik pulang ke India secara sukarela. Jemputan itu sepatutnya diambil peluang oleh beliau untuk menyatakan apa-apa ketidakpuasan hatinya terhadap Dr Zakir Naik dan boleh menyoal secara berdepan.

“Saya juga menyarankan YB Lim Kit Siang bawa pembantu-pembantu kiranya perlu untuk berhujah. Selain surat rasmi yang dihantar direct ke alamatnya, saya juga telah membuat jemputan terbuka dalam satu ceramah yang dipetik media dan viral dengan begitu meluas dalam media baru,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu itu menerusi kenyataan.

Kit Siang semalam berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap kenyataan dikeluarkan Dr Zakir Naik di Kelantan baru-baru ini kerana mendakwa pendakwah itu telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat India di Malaysia apabila membandingkan nasib diterima penganut Hindu di Malaysia dengan umat Islam di India.

Tegas beliau, kenyataan Dr Zakir itu adalah ‘cubaan nakal’ dan menyedihkan untuk mewujudkan ketegangan antara kaum dan agama, salah faham dan konflik di Malaysia.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu sebelum ini pernah berkata Zakir sepatutnya balik ke negara asalnya, India.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast