WASHINGTON – Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) mengharamkan beberapa model komputer riba MacBook Pro keluaran Apple semasa penerbangan kerana mempunyai masalah bateri yang boleh menyebabkan kebakaran.

“FAA maklum mengenai komputer riba MacBook Pro keluaran Apple yang dipanggil semula kerana masalah bateri,” kata jurucakap FAA dalam satu kenyataan.

Tambah agensi tersebut, mereka turut memaklumkan mengenai pengharaman tersebut kepada syarikat-syarikat penerbangan.

Jun lalu, Apple berkata, ia akan memanggil semula sejumlah komputer riba MacBook Pro 15 inci berikutan masalah bateri.

Unit-unit yang terjejas dijual di antara September 2015 dan Februari 2017. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast