Turki Abdullah Shabana

JEDDAH- Realiti daripada laporan media sepanjang ibadah haji diharap dapat menggambarkan cabaran kerajaan Arab Saudi dalam menghadapi fenomena unik itu setiap tahun.

Justeru, Kementerian Media Arab Saudi mengucapkan terima kasih kepada semua wakil media antarabangsa yang membuat liputan sepanjang musim haji kali ini.

Menterinya, Turki Abdullah Shabana berkata demikian pada majlis makan malam tahunan delegasi media di Hotel Ritz Carlton di sini malam tadi.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi yang berjaya menyediakan perkhidmatan kepada tetamu-tetamu Allah.

WhatsApp Image 2019-08-15 at 17.52.50
Pelakon Indonesia, Dude Harlino berucap mewakili selebriti pada majlis makan malam delegasi media di Jeddah semalam.

Pada majlis yang sama, wakil selebriti, Dude Harlino turut menyampaikan ucapannya menceritakan perasaannya dijemput menunaikan haji.

Wakil media yang juga Ketua Pengarang Al Nahar TV, Yasser Laarabi dalam ucapannya memuji perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan kerajaan Arab Saudi dalamĀ  memberi keselesaan kepada jemaah haji.

Perkhidmatan bersepadu itu dapat dilihat sendiri oleh wakil-wakil media yang membuat tugasan kali ini.

Wartawan MalaysiaGazette dan Sinar Harian terpilih menyertai liputan haji 2019 atas jemputan kementerian yang berkenaan. – MalaysiaGazette