petrol
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 kekal pada harga RM2.49 seliter bagi tempoh 17 Ogos hingga 23 Ogos ini, kata Kementerian Kewangan.

Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.19 seliter dan RM2.21 seliter.

Namun tiada perubahan bagi harga runcit produk petrol RON95 manakala terdapat penurunan bagi harga diesel yang berada pada paras RM2.28 pada minggu lepas.

Tetapi harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dalam tempoh 17 Ogos 2019 sehingga 23 Ogos 2019 adalah berjumlah RM47.10 juta. – MalaysiaGazette