Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menggalakkan pelaburan swasta kerana pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara akan terus dipacu permintaan domestik.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkara, Malaysia perlu meraih peluang daripada konflik perdagangan ini dengan menggalakkan eksport produk yang terkesan daripada tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan China, seperti produk pengganti bagi pertanian dan produk elektrik dan elektronik terpilih.

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku kedua negara mencatatkan prestasi yang lebih baik berbanding pertumbuhan KDNK bagi negara Asia terpilih.

Namun, bagi separuh kedua tahun 2019, persekitaran luaran dijangka lebih mencabar dengan ketegangan perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China yang semakin meruncing.

Azmin berkata, bagi merancakkan lagi pelaburan swasta dan memudahcara perniagaan, kerajaan antara lain telah
memendekkan tempoh proses kelulusan permit pembinaan daripada 360 hari kepada 90 hari.

Kerajaan juga akan mengambil langkah mempergiatkan lagi aktiviti pelaburan awam memandangkan hampir 60 peratus peruntukan pembangunan akan dibelanjakan pada separuh kedua 2019 bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara, tambahnya.

Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan ekonomi Malaysia bagi suku kedua 2019 telah mencatatkan pertumbuhan yang lebih baik pada kadar 4.9 peratus berbanding 4.5 peratus pada suku sebelumnya, didorong oleh aktiviti
penggunaan swasta yang rancak.

Asas ekonomi negara yang kukuh dan struktur ekonomi yang pelbagai serta tidak bergantung kepada mana-mana komoditi, sektor atau pasaran eksport turut menyokong pertumbuhan ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast