KUALA LUMPUR – AirAsia akan memansuhkan bayaran pemprosesan untuk tempahan tiket di Malaysia mulai 1 Oktober 2019 untuk memastikan perjalanan udara kekal berpatutan bagi semua.

Bayaran pemprosesan adalah caj yang berkaitan dengan pentadbiran, penyelenggaran dan kos pembangunan sistem dalam talian AirAsia bagi memastikan tempahan yang selamat dan caj ini akan ditanggung oleh AirAsia.

Manakala pemansuhkan bayaran pemprosesan di Thailand, Indonesia, Filipina dilakukan mulai 31 Disember 2019.

Presiden (Penerbangan) AirAsia Group, Bo Lingam berkata, pemansuhan bayaran ini adalah seiring dengan slogannya – kini sesiapa pun boleh terbang.

“Kami rasa tindakan ini amat berpatutan lebih-lebih lagi dengan caj perkhidmatan penumpang yang lebih mahal di klia2 dan pengurangan kos perjalanan dapat membantu para pelanggan kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Malah, insentif itu diharap dapat memacu industri pelancongan dan ekonomi negara.

“Ini merupakan salah satu cara kami untuk menyumbang kepada negara,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast