'Mariam' dugong betina yang mati selepas dipercayai diserang oleh dugong jantan dan termakan sisa plastik. foto Bangkok Post.

BANGKOK – Dugong berusia lapan bulan yang menjadi ‘bintang’ di media sosial mati selepas meminum sisa plastik.

Ia mati dalam tangki penjagaan di Koh Libong dekat wilayah Trang hari ini.

Dugong betina yang dinamakan ‘Mariam’ itu  dibela oleh pakar marin selepas ditemui sendirian di pantai selatan negara ini pada April lalu.

Ia menjadi popular selepas pakar tersebut bergambar dengan memeluk dan menyusukannya tersebar.

Mamalia itu diberi jolokan ‘kekasih negara’ oleh Jabatan Laut dan Sumber Pesisir Thailand (DMCR).

Minggu lepas ‘Mariam’ ditemui dalam keadaan lebam selepas dipercayai diserang oleh dugong jantan semasa musim mengawan, kata Jatuporn Buruspat, Ketua Pengarah DMCR.

Ia kemudian dibawa masuk untuk rawatan di laut buatan di Pulau Libong di wilayah Krabi.

“Kami percaya ia berjalan jauh dari habitat asal dan dikejar dan diserang oleh dugong jantan,” katanya.

Bedah siasat dijalankan menunjukkan sejumlah sisa plastik dalam ususnya, juga dipercayai punca kematiannya kerana ia boleh menyebabkan gastrik dan jangkitan pada darah.

Dugong ada spesis mamalia marin yang boleh membesar sehingga 3.4 meter panjang. – MalaysiaGazette