B.Sathinathan
B.Sathinathan

KUALA LUMPUR – Ketua Jurulatih Selangor B.Sathinathan terkilan, setelah pasukannya sekadar seri ke atas PDRM dalam pertemuan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, di sini malam tadi.

Sathinathan berkata, anak buahnya kerap kehilangan bola di bahagian tengah dan gagal mengambil peluang untuk menambah lebih banyak jaringan.

“Daripada segi permainan sememangnya sukar bermain dalam keadaan padang yang basah, tetapi ini bukan alasan, kerana saya beritahu kepada pemain untuk bermain dari bahagian tepi, namun kita lebih banyak hilang bola di bahagian tengah.”

“Ada beberapa pemain yang saya lihat tidak menunjukkan persembahan yang memberangsangkan, sebagai jurulatih saya akan tegur jika pemain sering melakukan kesalahan yang sama,” katanya dalam sidang media selepas tamat perlawanan malam tadi.

Sathinathan berkata beliau terpaksa mengambil risiko dengan merehatkan beberapa pemain yang tidak menunjukkan pretasi terbaik untuk perlawanan akan datang.

Sementara itu, pengendali PDRM, E.Elavarasan berkata, nasib menyebelahi pasukannya walaupun Selangor lebih mendominasi perlawanan.

“Walaupun sekadar mengutip satu mata, saya rasa ianya penting untuk memberi motivasi kepada pemain, bagi menghadapi perlawanan seterusnya,” katanya.

Dalam perlawanan itu, Selangor mendahului perlawanan menerusi jaringan Sandro Da Silva pada minit ke-52, sebelum PDRM menyamakan kedudukan dengan jaringan Argzim Redzovic di minit ke-59. – Malaysiagazatte

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.