JERMAN – Bayern Munich menandatangani kontrak mendapatkan penyerang tengah Barcelona, Philippe Coutinho secara pinjaman untuk musim Bundesliga 2019/2020.

Penghijrahan bekas pemain Liverpool itu termasuk opsyen pembelian selepas musim ini.

Barcelona dalam satu kenyataan berkata, Bayern Munich akan membayar £7.78 juta pound yuran pinjaman untuk bintang antarabangsa Brazil itu.

Manakala pembelian selepas kontrak pinjaman untuk pemain itu adalah bernilai £109.84 juta pound.

Bayern juga akan membayar gaji mingguan Coutinho sepanjang menjalani musim pinjaman di Stadium Allianz Arena.

“Di Barcelona banyak perkara yang tidak memihak saya seperti yang diharapkan.

“Namun penghijrahan ke Bayern adalah satu sejarah dan saya mahu kekal di sini selama yang mungkin dan menang banyak piala,” katanya.

Coutinho akan menyarung jersi nombor 10 di Bayern yang pernah dipakai oleh Arjen Robben.

Ketua Eksekutif Bayern Karl-Heinz Rummenigge menambah: “Kami pernah bekerja dengan Coutinho dan kin gembira berjaya merekrut pemain itu ke Bayern,” katanya.

“Terima kasih kepada the Catalans kerana bersetuju dengan perjanjian meminjamkan Coutinho kepada kami.

“Kehadiran Coutinho akan memperkuatkan jentera serangan kami dan akan memberikan kreativiti untuk pasukan atas padang,” katanya.- MalaysiaGazette