Dr.Zakir Naik
Dr. Zakir Naik

KUALA LUMPUR- Polis melarang penceramah bebas, Dr. Zakir Naik menyampaikan ceramah umum di semua negeri di Malaysia.

Menurut Ketua Komunikasi Korporat, Polis Diraja Malaysia, Datuk Asmawati Ahmad, larangan tersebut dibuat atas sebab keselamatan negara dan bagi mengekalkan keharmonian kaum di negara ini.

Ketika dihubungi The Star, Asmawati berkata, semua kontinjen polis telah dimaklumkan mengenai arahan terbaharu itu.

Zakir sebelum ini telah diharamkan di Melaka, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Sarawak susulan daripada kenyataan berbaur perkauman yang dibuat olehnya ketika berceramah di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Penceramah berasal dari India yang memegang status Penduduk Tetap Malaysia itu turut disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan tujuan untuk melakukan provokasi dan memecahkan keamanan.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast