Bullet tren

TOKYO – Pintu sebuah kereta api berkelajuan tinggi atau bullet tren Jepun terbuka ketika pengangkutan itu bergerak dengan kelajuan 280 kilometer sejam pada hari ini.

Nasib baik tiada seorang pun daripada 340 orang penumpangnya cedera.

Pengendali kereta api itu telah membuat pemberhentian secara kecemasan apabila isyarat menunjukkan ada pintu terbuka.

Akibatnya, penumpang dalam Hayabusa nomber 46 itu terpaksa menunggu 15 minit apabila kereta api itu berhenti di dalam terowong untuk membuat pemeriksaan.

East Japan Railway Company berkata, tukang bersih terlupa menutup alat peranti yang membuka pintu itu secara manual.

Ketika kejadian, kereta api itu telah bergerak kira-kira 4 kilometer dengan pintu terbuka dan bergerak perlahan kerana akan berhenti.

Semasa itu tiada penumpang yang berada dekat pintu.

Susulan kejadian itu, kereta api berkenaan tiba di Tokyo 19 minit lewa dan menjejaskan 3,000 penumpang yang lain.

Kementerian Pengangkutan Jepun telah memberi amaran supaya kejadian seumpama itu tidak berulang lagi. – MalaysiaGazette