Dr Kamarul Zaman Yusoff
Dr Kamarul Zaman Yusoff

KUALA LUMPUR – Keputusan jemaah menteri sejak akhir-akhir ini dilihat tidak lagi berada pada tahap yang boleh dibanggakan apabila beberapa perkara yang diumum dipersoal serta perlu dikaji semula.

Penganalisis Politik, Dr Kamarulzaman Yusof berkata, ia bermula dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengumumkan tekad beliau untuk meminta jemaah menteri mengkaji semula keputusan mengenai pengajaran tulisan khat di sekolah.

“Kini Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dilaporkan mendesak jemaah menteri supaya mengkaji semula keputusannya mengenai pembaharuan lesen operasi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas).

“Lebih menimbulkan persoalan dalam kes Lynas bila yang mendesak jemaah menteri mengubah keputusannya ialah pemimpin yang sebelum ini berjanji tidak akan mengganggu urusan Perdana Menteri Ke-7.

“Bila urusan Perdana Menteri Ke-7 kelihatan telah mula diganggu oleh pemimpin yang dinobatkan sebagai Perdana Menteri Ke-8, tidak dapat tidak, pastilah akan timbul spekulasi tidak sihat mengenainya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kamaruzaman berkata, tidak wajar keputusan jemaah menteri diperkotak-katikkan setelah semua ahlinya diberi peluang bersuara dan mengundi selaras dengan prinsip bahawa ia adalah tanggungjawab secara bersama.

Akan adakah lagi penghormatan dan keyakinan ke atas jemaah menteri selaku pembuat dasar tertinggi negara jika keputusannya dengan mudah boleh dipersoalkan atau diminta untuk dikaji semula?” soal beliau. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.