Serpihan pesawat yang hangus ditemui di jalan. foto Agensi

MADRID – Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh apabila sebuah helikopter dan pesawat ringan bertembung di udara di Mallorca.

Insiden itu berlaku dekat Inca, di utara pusat pelancongan popular di Sepanyol.

Dua mangsa berusia di bawah 18 tahun, kata kerajaan wilayah tersebut.

Lima daripada mangsa itu termasuk dua yang cedera ringan itu berada dalam helikopter manakala dua lagi menggembara dalam pesawat ringan yang kecil dengan dua kerusi.

Presiden Serantau, Francina Armengol berkata, kumpulan kecemasan sedang bekerja adi kawasan kemalangan.

Media tempatan Diario De Mallorca melaporkan nahas itu berlaku di udara di Inca Hospital kira-kira jam 1.36 petang waktu tempatan.

Gambar-gambar dari bomba menunjukkan serpihan pesawit berterbangan di bandar.

Ekor pesawat pula mendarat di atas jalan manakala serpihan keluli terbakar di sebuah taman.

Manakala media Sepanyol, La Sexta berkata, bangkai-bangkai pesawat mendarat dekat sebuah ladang. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.