Sayyed Hassan Nasrallah. foto Agensi

BEIRUT – Pemimpin Hizbullah memberi amaran akan menembak jatuh pesawat Israel yang melalui ruang udara Lebonan dan memintanya bersiap sedia setelah Israel menyerang Beirut semalam.

Sayyed Hassan Nasrallah berkata demikian selepas serangan semalaman yang didakwa Israel telah mengorbankan dua tentera Hizbollah di Syria.

Amaran itu dikeluarkan Sayyed Hassan semasa berucap di hadapan penyokongnya dekat semadan Lebonan-Syria di perkampungan al-Ain.

Beliau berkata, serangan itu adalah tindakan berani mati oleh dron pemusnah sebelum fajar pada hari Ahad di pinggir bandar selatan yang didominasi oleh Hezbollah itu bertujuan untuk sasaran tertentu.

Sebuah dron jatuh dan kedua meletup berhampiran kawasan tersebut hingga menjejaskan pusat media Hizbollah.

Sayyed Hassan berkata, Hezbollah tidak menjatuh dron berkenaan.

Israel pula berkata, ia tidak tahu menahu tentang insiden dron itu, sebaliknya memaklumkan serangan di Syria pada Sabtu malam telah menghalang serangan dron oleh Iran ke atas Israel.

Sayyed Hassan berkata, insiden Beirut adalah serangan pertama Israel di Lebonan sejak perang sebulan tahun 2006 antara Israel dan Hizbullah.

Ia menandakan “insiden pertama yang jelas, besar, berbahaya, melanggar peraturan penglibatan yang dibuat pada tahun 2006” selepas berakhirnya konflik itu, katanya.

“Sekiranya kita berdiam diri ia akan meletakkan keadaan berbahaya bagi Lebonan,” katanya, sambil menambah bahawa serangan dron itu boleh membawa kepada keadaan yang sama seperti yang berlaku di Iraq.

Sumber serantau mengatakan Israel dan Hizbullah telah membentuk pemahaman yang tidak tertulis bahawa walaupun mereka boleh bertukar api di Syria, sebarang serangan di Lebonan atau Israel harus dielakkan supaya mereka tidak akan berperang.

Angkatan Penggerak Popular Iraq (PMF), kumpulan kumpulan militan Iraq yang kebanyakannya disokong oleh Iran menyalahkan siri ledakan baru-baru ini di depot senjata mereka dan pangkalan di Amerika Syarikat dan Israel.

Pentagon menafikan tuduhan PMF, sementara Israel mengisyaratkan kemungkinan penglibatan dalam ledakan Iraq. – MalaysiaGazette