Jose Mourinho intai peluang ganti Zidane di Stadium Santiago Bernabeu

MADRID – Laporan media Sepanyol mendakwa Jose Mourinho sudah membuat ketetapan untuk kembali ke Real Madrid.

Bekas Pengurus Manchester United dan Chelsea itu berehat sejak Disember 2018 dan menjadi pengulas sukan bersama SkySports.

The Galacticos terus bergelut di bawah bimbingan Zinedine Zidane yang seri pada pertemuan dengan Real Valladolid dalam aksi La Liga minggu lalu.

Zidane kembali semula ke kelab itu pada Mac lalu namun gagal menstabilkan Real walaupun membawa masuk beberapa pemain baharu seperti bintang Chelsea, Eden Hazard.

Mourinho didakwa sedang memantau perkembangan di Santiago Bernabeu dan percaya wujud ruang untuk menggantikan Zidane.

Mourinho yang pernah menerajui Real Madrid sebelum ini hanya sekadar menjulang trofi La Liga sekali.

Walaupun menerima banyak panggilan dari kelab di Eropah, Mourinho dikatakan menolak segala tawaran itu dengan menantikan tugas Bernabeu.

Mourinho dikatakan akan membuat satu ketetapan akhir pada Januari ini sekiranya Real tidak tampil mendapatkan khidmatnya.

“Saya rindu bola sepak, semangat itu masih ada dalam diri saya, namun sedar bahawa perlu sabar menunggu untuk peluang terbaik itu (kerjaya Madrid),” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast