KUALA LUMPUR – Sempena meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, AirAsia menawarkan diskaun 20% bagi semua tempat duduk bagi penerbangan tersedia untuk tempahan di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia dari sekarang hingga 1 September 2019.

Tempahan itu untuk perjalanan antara 2 September 2019 dan 19 November 2019.

AirAsia berkata, pelanggan juga dapat berjimat sehingga 5% untuk tempahan hotel dengan menggunakan kod promosi AAHOTEL5 dan 20% untuk Pilihan Tempat Duduk jika anda membuat perjalanan bersama keluarga atau rakan-rakan, atau pilih tempat duduk hot seat untuk menikmati ruang kaki lebih besar dan keutamaan masuk ke pintu perlepasan.

Untuk aktiviti terkini dan promosi AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

Diskaun hanya dikenakan kepada tambang asas dan yuran pemprosesan bayaran akan dikenakan untuk semua bayaran yang dibuat menggunakan debit langsung, kad kredit, debit atau caj.

Tambahnya, pelanggan akan menikmati yuran pemprosesan sifar apabila membayar dengan BigPay. – MalaysiaGazette