Najib Razak

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terpalit dengan dakwaan menyeleweng dana SRC International Sdn. BHd. sebanyak RM42 juta akan mengetahui nasibnya pada 11 November depan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan tarikh itu bagi memutuskan sama ada wujudnya ‘prima facie’ dengan Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan akan membela diri atau terlepas daripada tujuh pertuduhan yaang dikenakan ke atasnya.

Mohd.Nazlan juga menetapkan 22 dan 23 Oktober ini untuk pihak terbabit berhujah.

Sebelum itu, Peguam Negara, Tommy Thomas memberitahu, perbicaraan akan mengambil masa selaman 58 hari dengan memamnggil 57 saksi dab saksi terakhir, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rosli Husain memberi keterangan hari ini.

Kata Tommy, terdapat 66 individu dalam senarai saksi pendakwaan yang ditawarkan kepada pihak pembelaan sekiranya tertuduh dipanggil membela diri.

Untuk makluman, sepanjang perbicaraan yang bermula pada 3 April lalu, lebih 700 bahan bukti dikemukakan kepada mahkamah antaranya minit mesyuarat dan dokumen perbankan.

Antara saksi penting yang memberikan keterangan termasuk bekas Pegawai Perhubungan Ambank, Joanna Yu yang mendedahkan tentang unsur ‘manipulasi’ oleh ahli perniagaan dalam buruan, Jho Taek Low atau Jho Low melalui perbualan Blackberry Messenger (BBM) miliknya yang di rampas ketika serbuan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2015.

Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, bekas Pengerusi Lembaga Pengarah SRC International, Tan Sri Ismee Ismail dan bekas Pengarah Bukan Eksekutif SRC International Sdn. Bhd., Datuk Suboh Md. Yassin turut memberi keterangan.

Sebelum ini, Najib yang juga bekas Presiden UMNO mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V. Sithambaram bercakap kepada media pada hari terakhir perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kes SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 27 OGOS 2019

Dalam pada itu, ketika bercakap dengan pemberita di luar mahkamah, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram ia merupakan antara kes paling ‘pantas’ berjalan dalam karier beliau dan telah dijalankan dengan begitu efisien.

“Dengan menggunakan 57 saksi, ini adalah pertama dalam karier melihat kes ini begitu dapat selesai bicara, memang sangat cepat.

“Sudah tentu banyak persoalan anda (pemberita) saya masih tidak jawab lagi tetapi apa yang saya boleh katakan, pasukan pendakwaan telah melakukan yang terbaik dan yakin dengan keputusannya kelak,” katanya.

Dalam pada itu, ketika di tanya media asing sama ada Najib akan di sabitkan dengan salah jenayah, Sithambaram yanhg enggan mengulas memberitahu, sebagai pasukan pendakwaan pihaknya telah menjalankan tanggungjawab mereka sebaik mungkin.

“Persoalan sama ada rakyat tidak sabar melihat Najib dihukum atau tidak, kita tidak kisah tentang itu kerana kita bekerja berdasarkan bukti selain mendapatkan keadilan yang sewajarnya,” ujarnya. – MalaysiaGazette