TERKINI : “Tiga Pucuk Surat Sudah Hantar” kepada Pejabat Presiden PKR – Zuraida Kamaruddin

PUTRAJAYA – Surat permintaan tidak dilayan menjadi faktor utama Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin tidak hadir mesyuarat parti sejak kebelakangan ini.

Beliau menjelaskan, sebanyak tiga pucuk surat telah dihantar kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

“Mungkin awal boleh saya cakap ada berapa perkara yang kita buat permintaan kepada presiden yang belum lagi dapat beliau tunaikan. Itu maklumat awal.