Tiger Woods

LONDON – Bintang sensasi golf, Tiger Woods selamat menjalani pembedahan lutut kiri pada minggu lalu.

Pembedahan dilakukan untuk memperbaiki kerosakan pada bahagian tersebut.

Woods yang merupakan pemenang 15 kejuaraan utama itu dijangka kembali beraksi dalam tempoh dua bulan lagi.

Dia kembali berada di prestasi hebat apabila memenangi saingan penutup Kejohanan Jelajah selepas kecederaan belakang yang dialami tahun lalu.

Woods muncul gelaran Masters pada April lalu yang menjadi kejuaraan utama pertamanya dalam tempoh hampir 11 tahun.

Namun sejak itu, dia terumbang-ambing untuk mencapai prestasi dan tahap kecergasan terbaik.

Situasi itu menyaksikan bekas jaguh dunia itu gagal layak ke Kejohanan Jelajah minggu lalu ketika berharap dapat mempertahankan gelarannya.

“Pasukan perubatan menjangkakan Woods akan pulih dalam tempoh dua bulan ini,” kata doktor yang mengetuai pembedahan lutut tersebut, Dr Vern Cooley. – MalaysiaGazette