Jim Pacey

LONDON – Pengurus pasukan bola sepak Sleaford Rangers FC meninggal dunia sebaik meraikan kemenangan pertama skuadnya pada Sabtu lalu.

Jim Pacey rebah selepas kelabnya menjaringkan gol dan menang buat kali ketika menentang Brigg Town Reserve.

Dia dilihat menahan kesakitan ketika berjalan menujuk ke bilik persalinan.

Walaupun pelbagai usaha untuk menyelamatkannya dilakukan paramedik, namun Pacey tidak dapat diselamatkan.

“Dengan sedih kami mengumumkan mengenai kematian salah seorang pengasas Jim Pacey, bapa kepada pemain Jay ketika berakhir perlawanan bertemu Brigg.

“Jim merupakan sebahagian pelengkap terciptanya Sleaford Rangers FC.

“Lebih penting dia adalah faktor pihak kami terus bermain dan membangunkan bola sepak dan dia telah menguruskan pemain-pemain muda dari usia tujuh tahun,” kata satu kenyataan kelab.- MalaysiaGazette