KUALA LUMPUR – AirAsia hari ini memeterai perjanjian pembelian tambahan 12 buah pesawat Airbus, A330neo dan 30 buah pesawat A321XLR dan perjanjian memorandum sokongan pembangunan industri aero angkasa Malaysia dengan pembuat pesawat itu.

Berikutan pembelian itu, AirAsia akan mempunyai 78 buah pesawat A330neo dan 30 buah pesawat A321XLR.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun berkata, syarikat penerbangan tambang murah itu akan terus menerajui operasi dan indistri pelancongan yang mampan

“BukanĀ  hanya kami melabur dengan banyaknya dalam pesawat baharu yang lebih efisien, kami juga mula melihat kepada penyelesaian bahan bakat alternatif,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, syarikat pembuat pesawat tersebut akan memperluaskan kehadirannya di Malaysia dalam bidang penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) di Malaysia.

Selain itu, Airbus juga mewujudkan Inisiatif Digital Malaysia bagi meningkatkan daya saing sektor aero angkasa tempatan menerusi teknoologi digital baharu. – MalaysiaGazette