Foto Al-Jazeera

LONDON – Bekas pengurus Sepanyol, Luis Enrique berdepan detik sukar dalam hidup apabila anak perempuannya meninggal dunia selepas lima bulan menderita penyakit kanser tulang kelmarin.

Menerusi luahan di Twitternya, Enrique berkata, dia dan keluarga pasti merinduinya dan akan sentiasa mengingatinya setiap hari.

“Cana telah meninggal dunia pada usia sembilan tahun selepas berjuang selama lima bulan melawan kanser tulang (osteosarcoma).

“Kami berharap akan bertemunya lagi,” tulis Enrique.

Pengendali berusia 49 tahun itu meninggalkan Sepanyol untuk menjaga anak perempuannya itu selepas disahkan menghidap kanser.

Enrique turut cemerlang bersama Barcelona sama ada sebagai pengurus dan pemain termasuk memenangi treble semasa mengemudi kelab itu pada 2015. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast