TOKYO – Harga saham dunia jatuh pada Isnin selepas Amerika Syarikat (AS) dan China melaksanakan tarif baharu ke atas barangan masing-masing menyebabkan para pelabur bimbang terhadap pertumbuhan ekonomi global yang semakin perlahan.
Kontrak hadapan mini-E bagi S&P500 Esc1 jatuh sebanyak 1.06 peratus pada dagangan awal dan ditutup rendah 0.39 peratus manakala indeks Nikkei pula menyusut 0.28 peratus.
Bagaimanapun saham di tanah besar China didagangkan lebih baik dengan indeks CSI300 meningkat 0.3 peratus.
Menurut Majlis Negara China pada Ahad, mereka akan menambah penyesuaian terhadap dasar ekonomi.
Semalam, Presiden Donald Trump melaksanakan tarif sebanyak 15 peratus ke atas pelbagai barangan China termasuk kasut, jam pintar dan televisyen skrin rata manakala China mengenakan duti baharu kepada minyak mentah AS.
Setakat ini, Trump kelihatan menentang kenaikan tarif tersebut dan menyalahkan syarikat-syarikat AS dan Rizab Persekutuan kerana tidak mampu menguruskan isu tarif.
“Masih banyak perkara yang perlu dilalui dan untuk membina semula kepercayaan adalah sukar selepas mereka terpaksa berhadapan dengan pengalaman sedemikian sejak pertengahan tahun lepas.
“Pasaran saham mungkin masih perlu menurun bagi memberi tekanan kepada Trump untuk menyelesaikan isu ini,” kata Ketua Pakar Ekonomi AMP di Sydney.
Bursa saham Malaysia bagaimanapun ditutup hari ini kerana cuti umum.- MalaysiaGazette
















