Novak Djokovic menarik diri daripda menamatkan pusingan keempat menentang pemain Switzerland ekoran kecederaan di bahunya dalam Kejohanan Tenis Terbuka AS.

AMERIKA SYARIKAT – Juara bertahan Tenis Terbuka Amerika Syarikat, Novak Djokovic menarik diri daripada saingan disebabkan kecederaan bahu semasa beraksi dalam pusingan keempat hari ini.

Djokovic tidak dapat menamatkan aksi pusingan keempat kejohanan berprestij itu apabila mengalami kesakitan kuat di bahunya semasa menentang pemain Switzerland, Stan Wawrinka.

Kesakitan itu mengakibatkan persembahan Djokovic terjejas dan melakukan beberapa kesilapan yang memberi mata kepada lawan.

Pemain berusia 32 tahun itu menarik diri tanpa menamatkan saingannya menyebabkan diboo penyokongnya ketika melangkah keluar meninggalkan gelanggang tenis.

“Saya meminta maaf kepada penyokong yang tidak sabar menyaksikan aksi perlawanan penuh saya atas gelanggang.

“Saya sedih tidak dapat meneruskan permainan sebab tercedera di bahu,” kata jaguh tenis nombor satu dunia itu.

Wawrinka mendominasi setiap set dan mendahului Djokovic 6-4,7-5, 2-0 sebelum Djokovic menarik diri daripada meneruskan perlawanan itu.

Wawrinka selepas ini akan beraksi menentang pemain ranging nombor lima dunia dari Rusia Daniil Medvedev di aksi suku akhir nanti.- MalaysiaGazette