Edisi terbaharu mata wang yuan.

BEIJING – China melancarkan edisi baharu siri kelima mata wang renminbi atau yuan, dengan warna-warna cerah dan ciri-ciri anti-pemalsuan yang lebih canggih.

Edisi 2019 termasuk 50,20,10 dan wang kertas satu yuan dan syiling satu yuan, 0.5 yuan dan 0.1 yuan.

Namun, edisi terbaharu ini tidak termasuk wang kertas 100 yuan yang telah dinaik taraf pada tahun 2015 dengan kualiti anti-pemalsuan.

Pembaharuan wang kertas 100 yuan itu akan diperkenalkan kemudian hari sebagai pendekatan berterusan dalam menggunakan teknologi baharu, menurut Bank Pusat China.

Bank pusat itu menambah, semua bank telah menaik taraf mesin mereka untuk mengendalikan edisi baharu ini.

Malah, pengguna-pengguna komersial juga digalakkan menaik taraf mesin masing-masing. – MalaysiaGazette