Mauro Icardi

PARIS – Paris Saint Germain (PSG) berjaya memiliki penyerang, Mauro Icardi secara pinjaman dari Inter Milan.

Menurut laporan Sky Italia, PSG membayar €5 juta untuk pinjaman musim ini dengan komitmen tebus kontrak secara tetap sebanyak €65 juta.

Icardi, 26, dilaporkan memiliki baki kontrak tiga tahun dengan Inter yang baharu sahaja dilanjutkan.

Krisis kecederaan yang melanda Kylain Mbappe dan Edinson Cavani membuatkan PSG mendapatkan Icardi.

Pemain antarabangsa Argentina itu tidak berada dalam perancangan Inter Milan musim ini selepas pengurus, Antonio Conte tidak gemar dengan rekod disiplin Icardi di luar padang yang dianggap  ‘besar kepala’.

Inter sudah pun mendapatkan Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez secara pinjaman untuk menghadapi musim ini.

Icardi sebelum ini turut dikaitkan dengan banyak pasukan seperti Real Madrid, Manchester Unite dan Juventus. – MalaysiaGazete

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast