KUALA LUMPUR – Lebih dua daripada lima pekerja Malaysia mahu majikan yang memiliki ‘pengurusan kukuh’ sebagai faktor nilai pekerja (EVP) yang paling penting.

Ia adalah hasil dapatan kajian Jenama Majikan 2019 yang dijalankan oleh Ranstad – agnesi penyelesaian sumber manusia terbesar di Malaysia dengan meneroka faktor-faktor yang mempengaruhi dan memotivasi pencarian pekerja dan pencari kerja untuk peluang kerjaya baru.

Menurut kajian itu, Malaysia adalah satu-satunya pasaran di Asia Tenggara yang mana pengurusan kukuh diberi kedudukan dalam faktor-faktor EVP yang paling penting yang responden cari untuk majikan ideal.

Pengarah Urusan Randstad Singapura dan Malaysia, Jaya Dass berkata, kajian itu membantu para majikan memahami yang lebih baik mengenai langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan pengambilalihan bakat dan strategi pengekalan pekerja mereka.

Apabila organisasi meletakkan jenama majikan tinggi pada agenda korporat, ia akan dapat memberi kesan positif kepada strategi mereka, seperti pekerja yang lebih setia dan akses yang lebih cepat kepada calon yang mahir.

Kajian itu juga menunjukkan gaji dan faedah (64 peratus) juga menjadi faktor utama kepada pekerja tempatan, diikuti keseimbangan kehidupan dan pekerjaan (49 peratus).

Malah, kajian itu mendapati 29 peratus responder akan mempertimbangkan majikan mereka jika wujud masalah kepimpinan.

Dass berkata, pekerja mahu bekerja di sebuah organisasi yang dipimpin oleh pasukan pengurusan yang kuat dan berkebolehan, terutama sekali yang mampu memacu syarikat itu ke hadapan dalam revolusi perindustrian keempat, dalam tempoh perubahan landskap ekonomi dan politik .

Apabila pemimpin telus mengenai keuntungan dan cabaran, ia memberi pekerja yang berpotensi kestabilan kerana para peneraju mempunyai visi yang jelas tentang apa yang perlu mereka lakukan untuk memacu perniagaan ke depan.

Penyelidikan itu mendedahkan tujuh perkara tentang jangkaan responden mengenai ‘keseimbangan kerja-kehidupan yang sihat’ dan apa yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat di Malaysia.

Syarikat-syarikat yang ingin menarik minat bakat bukan sahaja perlu membangunkan inisiatif baru untuk menggalakkan keharmonian kehidupan seharian, tetapi juga secara efektif menyampaikan manfaat inisiatif ini kepada tenaga kerja mereka.

Sebanyak 30 peratus responden menyebut ‘keseimbangan kehidupan bekerja yang sihat’ sebagai salah satu daripada tiga sebab utama mengapa mereka akan memohon pekerjaan dalam perusahaan kecil dan sederhana atau memulakan perniagaan mereka sendiri.

Tiga alasan utama yang disebutkan oleh 44 peratus responden untuk memohon kepada syarikat multinasional adalah disebabkan kestabilan kewangan, seperti kedudukan kewangan syarikat, gaji dan faedah yang menarik serta keselamatan pekerjaan. – MalaysiaGazette