Pemandu Sauber yang terlibat kemalangan tragis pada GP F1 Belgium minggu lalu dipindahkan ke Rawatan Rapi dan akan dikawalselia pasukan pakar sepanjang masa.

UNITED KINGDOM – Pelumba Formula 2, Juan Manuel Correa yang parah dalam kemalangan yang mengorbankan pemandu Perancis, Anthoine Hubert pada Sabtu lalu telah dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Britain.

Correa, 20, parah akibat kecederaan tulang rusuk dan patah kedua dua kakinya selepas bertembung dengan kereta lumba Hubert semasa Perlumbaan Formula 1 Belgium.

Pemandu warga Amerika Syarikat itu menjalani pembedahan selama empat jam.

“Dia akan terus melalui proses pemulihan dibawah jagaan pasukan pajar perubatan,” kata kenyataan Pasukan Sauber.

Hubert, 22 juga parah dalam insiden itu sebelum meninggal dunia selepas dikejarkan ke Pusat perubatan berhampiran pada hari kejadian.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast