Joko Widodo. foto Nasional Kompas

JAKARTA – Silikon Valley akan menjadi model ibu negara Indonesia yang baharu.

Presiden Indonesia, Jokowi Widodo berkata, kawasan itu bakal menjadi pangkalan syarikat-syarikat teknologi dan kreatif, selain jadi tuan rumah kepada kerajaan.

Presiden mahu bandar raya yang belum dinamakan di Kalimantan Timur, dekat Pulau Borneo memacu pembangunan permulaan teknologi dan sektor perkilangan digital, demikian laporan The Jakarta Post.

Model baharu ini akan menjadikan ibu negara itu dilengkapi dengan sistem bandar yang efisien, dipacu oleh sistem teknologi dalam penyampaian perkhidmatan awam, kata Jokowi.

Indonesia akan memulakan pembinaan ibu negara baharu itu dengan kos kira-kira AS$ 33 bilion dari tahun depan .

andar baru itu akan dipenuhi dengan institusi pendidikan bertaraf dunia, hospital moden, taman botani dan disokong oleh sistem pengangkutan hijau menggunakan kenderaan elektrik, kata Jokowi.

Walaupun pihak berkuasa telah mengenal pasti kira-kira 180,000 hektar tanah di Kalimantan Timur, pusat kerajaan memerlukan hanya sekitar 10,000 hektar dan sekitar 30,000 hektar akan dijual kepada individu dan syarikat. – MalaysiaGazette