Prof. Dr. Mohd. Hamdi Abd. Shukor

BANGI – Seramai 4,060 pelajar baharu akan menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi sesi 2019/2020.

Naib Canselor universiti itu, Profesor IR Dr Mohd Hamdi Abd Shukor berkata, pehaknya menerima lebih 72,000 permohonan untuk melanjutkan pelajaran di UKM.

UKM tambahnya, terkejut dengan peningkatan minat pelajar untuk menuntut di universiti itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jumlah peningkatan dua kali ganda permohonan pelajar berbanding tahun lepas menggambarkan populariti UKM semakin meningkat saban tahun.

“Kita menerima permohonan yang banyak berbanding tahun lepas, tahun ini jumlah permohinan lebih 72,000 tahun lepas tak sampai 35,000 lebih, lebih dua kali ganda

“Memandangkan populariti UKM di mata pelajar-pelajar. Ini juga menggambarkan UKM semakin diminati dan menjadi pilihan pelajar kemungkinan kerana kedudukan QS World University Rankings 2018 yang meningkat kita duduk di tangga 150,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Ikrar Siswa-Siswi UKM Sesi Akademik 2019/2020 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR).

Kata Mohd Hamdi, sebanyak 61.8 peratus daripada jumlah mahasiswa dan mahasiswi baharu ini adalah daripada keluarga golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

Tambah beliau, dua program yang mendapat perhatian dan menerima pelajar paling ramai tahun ini adalah Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran dan Fakulti Pengajian Islam iaitu Pengajian Syariah.

“Kita kategorikan penuntut dalam sebuah program lebih 450 adalah paling ramailah. Jadi dua ini lebih jumlah itu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette