Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Fahmi Fadzil (tengah) bersama TNB Chief People Officer, Dato’ Muhammad Razif Abdul Rahman serta yang lain bergambar kenangan bersama pelajar-pelajar masalah penglihatan dan menerima sumbangan cermin mata di bawah Projek Rintis Better. Brighter. Vision antara TNB dan Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn. foto TNB NEWSROOM, 05 SEPTEMBER 2019

Sempena sambutan ulang tahun ke-70 TNB pada 1 September. Better. Brighter. Vision memberi manfaat kepada sejumlah 600 pelajar daripada tiga sekolah menengah dan dua sekolah rendah. 

Projek ini adalah satu lagi aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat TNB demi kebajikan dan keselesaan para pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan (B40) di sekitar kejiranan Ibu Pejabat TNB yang mengalami masalah penglihatan seperti rabun jauh dan rabun dekat.

Ibu, Rahimah Hamad memakaikan cermin mata baru kepada anaknya, Nur Syazwana Abdul Aziz pelajar tingkatan empat, SMK Sri Pantai selepas Majlis Penyerahan Cermin Mata di bawah Projek Rintis Better. Brighter. Vision antara TNB dan Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn. foto TNB NEWSROOM, 05 SEPTEMBER 2019
Sebahagian daripada 308 pelajar SMK Bukit Bandaraya, SMK Sri Pantai dan SMK Bangsar membaca sambil menggunakan cermin mata baru atas sumbangan TNB menerusi Projek Rintis Better. Brighter. Vision, dengan kerjasama Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn. foto TNB NEWSROOM, 05 SEPTEMBER 2019