Anak Allahyarham Mejar Zahir Armaya, Ebel Zukarnain, 9 ditenangkan oleh salah seorang ahli keluarga semasa menunggu solat jenazah di Masjid Al Fatih, Kem Wardieburn, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 05 SEPTEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Pemergian Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya secara mengejut meninggalkan kesan yang amat besar kepada isteri, anak-anak, kaum keluarga dan sahabat handai.

Apatah lagi Allahyarham mempunyai karakter yang menyenangkan hati insan-insan yang dekat dengannya selain tidak kedekut berkongsi ilmu dengan rakan sekerja.

Suasana di Masjid Muhammad Al-Fatih Kem Wardieburn menyaksikan rata-rata yang hadir menunggu ketibaan jenazah Allahyarham sugul dan adakalanya tidak dapat menahan air mata terutamanya melihat isteri, Nour Shafinar Harun dan anak-anak Mohd Zahir. – MalaysiaGazette

Isteri Allahyarham Mejar Zahir Armaya, Nour Shafinar Harun, 31, sebak sementara menunggu ketibaan jenazah  Masjid Al Fatih, Kem Wardieburn, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Foto NOOREEZA HASHIM, 05 SEPTEMBER 2019

Sebahagian ahli keluarga tidak dapat menahan sebak semasa menunggu solat jenazah Allahyarham Mejar Zahir Armaya di Masjid Al Fatih, Kem Wardieburn, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 05 SEPTEMBER 2019
Sebahagian ahli keluarga tidak dapat menahan sebak semasa menunggu solat jenazah Allahyarham Mejar Zahir Armaya di Masjid Al Fatih, Kem Wardieburn, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 05 SEPTEMBER 2019
Isteri Allahyarham Mejar Zahir Armaya, Nour Shafinar Harun, 31, sebak menunggu jenazah di Masjid Al Fatih, Kem Wardieburn, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 SEPTEMBER 2019