Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan menasihati para penyokong Harimau Malaya tampil dengan akhlak baik walaupun selepas kekecohan berlaku di Indonesia semalam.

Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad mahu para penyokong Harimau Malaya sebagai tuan rumah menjaga adab dengan pasukan pelawat selaras dengan ajaran Islam.

“Ketinggian akhlak kita cerminan ketinggian mentaliti rakyat berkelas tinggi dunia. Contohilah akhlak dan kebesaran jiwa Baginda Rasulullah SAW. Semoga ukhuwah Islamiyah kita akan terus subur. Insya Allah,” katanya dalam status media sosialnya hari ini.

Zulkifli berharap selepas langkah kanan di Indonesia, ia dapat menjadi bekal semangat kepada Harimau Malaya dapat mempamerkan aksi terbaik menentang UAE pada 10 September ini.

Terdahulu beliau juga memuji semangat dan komitmen pasukan negara ketika menentang pasukan Garuda tempohari.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast