Neymar

MADRID – Barcelona tidak akan membeli bintang Paris Saint Germain, Neymar pada jendela perpindahan Januari ini.

Maklumat itu disahkan Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu.

The Catalans cuba untuk memuktamadkan rundingan untuk membawa pulang bintang Brazil itu ke Nou Camp.

Namun kedua dua kelab itu gagal mencapai kesepakatan dalam perjanjian pembelian pemain itu.

Ditanya sama ada terdapat kemungkinan kelab itu membeli Neymar pada Januari 2020, Bartomeu menjawab: “Tidak, buat masa sekarang tidak,”.

Neymar muncul pemain termahal dunia pada 2017 apabila PSG membayar 205 juta pound kepada Barcelona.

Neymar setakat ini menjaringkan 34 gol dalam dua musim bersama kelab gergasi Ligue 1 itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast