Pengarah Perubatan The Cyber Skyclinic, Dr M Afiff Farhan melakukan rawatan suntikan Platelet Rich Plasma (PRP) semasa temubual di The Cyber Skyclinic, Cyberjaya. foto SYAFIQ AMBAK, 04 SEPTEMBER 2019

CYBERJAYA – Anda sakit lutut? Itu bukan sesuatu yang luar biasa.

Penyakit sendi lutut kini menjadi sebahagian daripada masalah kesihatan masyarakat moden terutama mereka yang berusia 40 tahun ke atas.

Dikenali penyakit radang rawan sendi lutut atau osteoarthritis, ia juga sering  menimpa golongan wanita akibat perubahan hormon selain individu yang terlalu aktif bersukan atau aktiviti lasak.

Apabila keadaan ini terjadi, tentunya mereka yang menanggung sakit lutut ini akan melakukan pelbagai cara pelbagai cara akan dibuat untuk mengurangkan kadar kesakitan. Jika tidak, pasti akan menjejaskan pergerakan harian, kerana lutut merupakan bahagian penting untuk melancarkan urusan harian.

Apabila ubat, makanan tambahan dan suntikan gel pelincir tidak berkesan, kemuncaknya, lutut perlu dibedah yang menelan kos lagi tinggi dan lebih teruk mungkin diganti dengan lutut palsu.

Pengarah Perubatan The Cyber Skyclinic, Dr M Afiff Farhan mengambil darah pesakit sebelum melakukan rawatan suntikan Platelet Rich Plasma (PRP) semasa temubual di The Cyber Skyclinic, Cyberjaya. foto SYAFIQ AMBAK, 04 SEPTEMBER 2019

Teknologi moden menawarkan satu lagi pilihan kepada mereka yang menderita sakit lutut baik kerana osteoarthritis mahu pun kecederaan akibat bersukan.

Rawatan plasma kaya darah atau platelet rich plasma (PRP) yang semakin diminati menjadi trend terkini kerana kos yang lebih murah jika dibandingkan dengan rawatan rehabilitasi dan pembedahan.

MalaysiaGazette sempat menemui Pengarah Perubatan The Cyber Skyclinic, Dr M Afiff Farhan untuk mengetahui lebih lanjut tentang rawatan suntikan PRP.

Menurutnya, PRP lebih selamat dan efektif kerana menggunakan darah sendiri berbanding suntikan steroid dan ubat penahan sakit.

“Rawatan PRP ini memerlukan pengambilan darah dan kemudian dilakukan pengasingan plasma yang digunakan untuk rawatan regeneratif, antiradangan serta penghasilan tisu baharu yang sihat.

“PRP yang telah diasingkan akan disuntik semula kepada bahagian lutut yang bermasalah. Rawatan ini juga selamat, tidak menyakitkan dan cepat serta tempoh penyembuhannya juga singkat.

Pengarah Perubatan The Cyber Skyclinic, Dr M Afiff Farhan menunjukkan darah pesakit yang diasingkan terlebih dahulu semasa melakukan rawatan Platelet Rich Plasma (PRP) di The Cyber Skyclinic, Cyberjaya. foto SYAFIQ AMBAK, 04 SEPTEMBER 2019

“Risiko alahan tidak akan berlaku kerana rawatan ini juga tidak menggunakan bahan lain selain darah sendiri,” katanya ketika ditemubual MalaysiGazette.

Afiff yang merupakan lulusan perubatan dari The Kursk State Medical University, Russia menambah, tubuh manusia memerlukan platelet untuk membaik pulih tisu badan yang rosak.

Jelas beliau, ini kerana platelet kaya dengan kandungan pertumbuhan dan penyembuhan tisu.

Oleh itu katanya, tubuh secara semulajadi akan menghantar platelet ke bahagian tisu yang cedera untuk memulakan proses penyembuhan.

Pengarah Perubatan The Cyber Skyclinic, Dr M Afiff Farhan menerangkan rawatan Platelet Rich Plasma (PRP)di The Cyber Skyclinic, Cyberjaya. foto SYAFIQ AMBAK, 04 SEPTEMBER 2019

“Justeru, rawatan PRP adalah sangat berkesan untuk merawat tisu yang rosak.

“Dengan menyuntik ejen pertumbuhan dan penyembuhan daripada PRP ke tempat yang cedera seperti tendon, ligamen dan sendi tubuh akan memulakan proses penyembuhan secara semulajadi.

“Tahap kepekatan yang tinggi dalam PRP akan mempercepatkan proses tersebut,” katanya lagi.

Dr Afiff berkata, PRP merupakan alternatif kepada perubatan moden yang boleh mengurangkan ‘penderitaaan’ pesakit lutut.

Rawatan Platelet Rich Plasma (PRP) kini menjadi trend di kalangan individu yang aktif bersukan dan aktiviti lasak. foto SYAFIQ AMBAK, 04 SEPTEMBER 2019

Klinik tersebut telah beroperasi sejak 2017 dan memiliki seramai tiga doktor pakar dalam bidang masing-masing. – MalaysiaGazette

Pengarah Perubatan The Cyber Skyclinic, Dr M Afiff Farhan merupakan lulusan perubatan dari The Kursk State Medical University, Russia. foto SYAFIQ AMBAK, 04 SEPTEMBER 2019

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast