Warna jingga menunjukkan titik panas di Kalimantan. foto Agensi

KUALA LUMPUR – Samarahan dan Kuching merekodkan kualiti udara sangat tidak sihat sejak awal pagi ini.

Setakat pukul 11 pagi tadi, indeks udara Kuching dan Samarahan masing-masing adalah 232 dan 209.

Kualiti udara di Kuching meningkat setiap jam bermula 215 pada pukul 1 pagi tadi.

Manakala Samarahan pula sejak 3 pagi.

Kuching dan Samarahan terletak berhampiran sempadan Kalimantan yang dikesan mempunyai lebih 1,000 titik panas.

Kawasan-kawasan lain di Sarawak yang merekodkan kualiti udara tidak sihat setakat 11 pagi ialah Sri Aman (184), Sarikei (143), Sibu (118) dan di SK Kuala Baram (119).

Johan Setia Klang juga merekodkan indeks udara 101 pada jam 11 pagi.

ILP Miri dan Miri pula masing-masing merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 118 dan 149.

Bagi bacaan IPU, 100 adalah sederhana, 101 hingga 200 adalah tidak sihat dan 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 301 dan ke atas adalah berbahaya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast