Penunjuk perasaan membuat gangguan di laluan menuju ke lapangan terbang. foto Agensi

HONG KONG – Polis Hong Kong menghalang penunjuk perasaan anti-kerajaan daripada menyekat akses ke lapangan terbang pada hari Sabtu.

Malah, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk malam kedua di daerah Mong Kok di bandar yang dikuasai.

Polis terpaksa memeriksa tiket dan pasport untuk membolehkan hanya penumpang penerbangan ke lapangan terbang bagi mengelakkan huru hujung minggu lalu, apabila aktivis menghalang jalan, membuang barang-barang di atas laluan tren dan stesen kereta bawah tanah MTR di bandar baru Tung Chung.

Para penunjuk perasaan telah memenuhi balai berlepas lapangan terbang pada bula lalu hingga menyebabkan jadual penerbangan terjejas, selain pertempuran dengan polis.

Hong Kong diancam tunjuk perasaan selama tiga bulan hingga menyebabkan sebahagian wilayah itu lumpuh disebabkan pertempuran dengan polis.

Polis pula terpaksa menggunakan gas pemedih mata, penyembur lada dan air untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Penahanan secara ganas ke atas penunjuk perasaan telah mendapat perhatian antarabangsa.

Penunjuk perasaan berkumpul pada hari Jumaat dengan memakai topeng dan berbaju hitam, menyerang lebih banyak stesen MTR di daerah Mong Kok selepas tindakan polis memukul penunjuk perasaan di tren metro dirakam di televisyen pada 31 Ogos lalu ketika mereka menaiki tangga.

Para aktivis, marah stesen MTR ditutup dalam usaha untuk menghentikan penunjuk perasaan daripada berkumpul, merosakkan papan tanda, memecah masuk, menyalakan api di jalan dan melukis grafiti di dinding.

Para penunjuk perasaan berkumpul sekali lagi selepas petang pada hari Sabtu, disembur dengan gas pemedih mata diikuti bertempur dengan polis yang melepaskan semburan lada. Beberapa tangkapan dibuat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast