KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan menyiapkan satu portal untuk membolehkan penuntut yang menjalani latihan di agensi kerajaan dan swasta membuat aduan.
Menerusi portal itu juga, pelatih-pelatih berkenaan boleh memberi penarafan terhadap agensi kerajaan serta swasta tempat mereka menjalani latihan.
Dalam ciapan terbaharu di laman Twitter, Syed Saddiq meminta diberi masa seminggu untuk menyiapkan portal tersebut.
“Agensi kerajaan mana? Berikan saya satu minggu, dan saya akan siapkan satu portal untuk “complaint” & untuk interns buat rating bagi agensi kerajaan & sektor swasta.
“Kuasa di tangan anak muda. “Name & Shame” mereka yang menindas anak muda. Ini hak kita! Wajib tuntut,” katanya.
Ciapannya itu adalah reaksi kepada ciapan seorang pengguna Twitter yang bertanya mengapa ada agensi kerajaan ragu-ragu tentang ‘paid interneship’.
Katanya, skim pembayaran kepada pelatih akan dinilai mengikut beberapa kriteria yang akan ditetapkan dan ia akan dilaksanakan bagi kemudahan pelatih. – MalaysiaaGazette