Mohamad Salah

LONDON – Pemain utama Liverpool Mohamad Salah kini semakin hampir untuk bergelar sebagai seorang legenda dalam pasukannya.

Status itu mungkin menjadi nyata berikutan pencapaiannya apabila telah menjaringkan sebanyak 74 menerusi 110 perlawanan semenjak beliau menyertai pasukan berkenaan pada 2017.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger bagaimanapun mempunyai pendapatnya sendiri berkenaan Salah.

Katanya, pemain itu hampir sama dengan Lionel Messi, apabila mempunyai konsistensi terutama ketika berada di hadapan gol lawan.

“Perbezaannya, Messi memang pemain yang lengkap, manakala Salah lebih obses pada penyudah,” katanya menerusi temubual dalam sebuah rancangan sukan.

Apa yang dikatakan Wenger itu turut dibuktikan menerusi sikap yang ditonjolkan oleh Salah sendiri apabila seolah-olah enggan melepaskan bola kepada Sadio Mano sewaktu pasukan diwakilinya menentang Burnley baru-baru ini.

Namun, berdasarkan tinjauan peminat, Salah harus bersikap tamak bagi membolehkannya memburu Anugerah Kasut Emas. – MalaysiaGazette