Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan sentiasa menghormati dan terus mempertahankan kedaulatan institusi raja berperlembagaan.

Selain itu, kerajaan juga akan melindungi kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta keistimewaan orang
Melayu dan anak Negeri Sabah dan Sarawak.

Malah, kepentingan sah kaum-kaum lain seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan akan sentiasa dipertahan dan dipelihara.

“Tuanku adalah umpama payung yang menaungi dan menyatukan seluruh rakyat tidak mengira kaum, agama dan fahaman politik.

“Patik, kerajaan dan rakyat sekalian juga memohon untuk menyembah ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Tuanku.,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berucap demikian sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 AlSultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Istana Negara hari ini.

Dr Mahathir berkata, rakyat negara ini percaya bahawa perpaduan yang merentasi batas etnik dan agama
adalah penting untuk menjadikan Malaysia baharu yang harmoni dan aman damai.

Rakyat juga kini semakin matang dalam menghadapi ancaman-ancaman yang mampu memecah belahkan
perpaduan. – MalaysiaGazette