Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng hari ini mengecam MCA dan MIC kerana tidak menentang dan secara terang-terangan menyokong UMNO dan Pas bagi kempen memboikot barangan buatan bukan Islam.

“Walaupun kempen boikot seperti ini dilakukan, kita kesal kerana terdapat parti politik bukan Islam atau bukan bumiputera seperti MCA atau MIC yang tidak tahu malu untuk meneruskan kerjasama politik dengan Pas dan UMNO.

“Setakat ini, mereka tidak berani untuk melahirkan bantahan mereka secara langsung kepada Pas dan UMNO memaparkan perbezaan antara pendekatan yang dipandu oleh konsensus melalui penglibatan aktif dan perbincangan di Pakatan Harapan dan arahan unilateral gabungan baru di bawah Pas dan UMNO,” kata Setiausaha Agung DAP itu hari ini.

Guan Eng juga mengkritik pemimpin-pemimpin Pas dan UMNO yang terus memberi sokongan kepada kempen tersebut.

Katanya, kempen boikot seumpama itu akan menyebabkan pengguna produk-produk dan perkhidmatan tertentu atau menyebabkan pengguna mengalami kerugian dari aspek harga dan kualiti yang lebih baik disebabkan promosi ideologi pelampau dan perkauman yang baharu.

Beliau yang Menteri Kewangan bersetuju dengan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) bahawa kerajaan Persekutuan tidak menangani kempen berkenaan lebih awal.

Patriot baru-baru ini mempersoal cara kerajaan menangani gerakan boikot produk keluaran bukan Islam kerana tidak bertindak dengan cukup tegas untuk menghindarkan perkara itu daripada terus berleluasa.

Presiden Patriot, Arshad Raji berkata, anggota Kabinet didapati teragak-agak untuk bertindak dan menunggu arahan daripada perdana menteri.

“Mereka seolah-olah tidak mampu berfikir atau tidak mempunyai sebarang pendirian,” kata Arshad dalam satu kenyataan.

Guan Eng mengakui kenyataan Patriot itu.

Ini kerana, katanya, hanya selepas kempen boikot dibuat secara terbuka dan disokong oleh pemimpin UMNO dan Pas serta mendapatkan tarikan awam apabila sensitiviti agama kaum dan ekstremis dimainkan, baru Putrajaya melihatnya berpotensi bahaya untuk perpaduan negara, kepelbagaian dan keharmonian agama. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Kenapa golongan muslim berkempen ‘muslim product first’? Ini semua akibat tindakbalas DAP khasnya dan PH amnya kerana menyentuh hak orang melayu dan Islam, kenapa perlu salahkan MCA dan MIC mereka ini lebih cerdik dari DAP, tahu menilai baik dan buruk

  2. Kenapa golongan muslim berkempen ‘muslim product first’? Ini semua akibat tindakbalas terhadap DAP khasnya dan PH amnya kerana menyentuh hak orang melayu dan Islam, kenapa perlu salahkan MCA dan MIC mereka ini lebih cerdik dari DAP, tahu menilai baik dan buruk

  3. Ni org x hbs2 nk salah kn MCA,MIC padahal parti dia yg mula kn dulu perkauman nk salahkan parti lain mmg kau ni bangsa keturunan suka tuduh org lain kau suluh diri kau bodoh kau jgn pikir semua bangsa cina percaya pada parti kau hanya segelintir aje yg percaya tu pun kau dh didik supaya membenci kaum2 lain,

Comments are closed.