Keadaan Kuching yang berjerebu.

KUALA LUMPUR – Kuching merekodkan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat dengan bacaan melepasi 240 sejak 6 pagi tadi.

Bacaan IPU meningkat kepada 242 pada jam 7 pagi, 243 sejam kemudian dan 245 pada 9 pagi tadi.

Sri Aman juga mencatatkan bacaan kualiti udara 244 sejak jam 7 pagi.

Manakala tahap kualiti udara di Sarikei semakin baik apabila merekodkan bacaan 197 pada jam 9 berbanding 202 pada 8 pagi.

Keadaan di Miri juga bertambah baik dengan IPU 86 pada jam 9 pagi berbanding 102 pada 7 pagi tadi.

Jerebu melanda sebahagian kawasan Sarawak dan Lembah Kelang serta Nilai disebabkan kebakaran ladang di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia.

Setakat jam 9 pagi tadi, sebanyak tiga kawasan di Sarawak merekodkan bacaan kualiti udara tidak baik.

Kawasan-kawasan itu ialah ILP Miri (136), Mukah (118) dan Sibu (164).

Di Selangor pula, Johan Setia Klang masih merekodkan bacaan kualiti udara tidak sihat iaitu 143 manakala Petaling Jaya 102.

Cheras dan Batu Muda masing-masing 102 dan 104 manakala Nilai 108. – MalaysiaGazette