Ruang pejabat di tingkat 4 Wisma Tani terbakar.

KUALA LUMPUR – Ruang pejabat di tingkat empat bangunan Wisma Tani di Jalan Sultan Salahuddin, Kampung Padang Merbok, di sini terbakar petang semalam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan pada 6.28 petang.

“Setibanya bomba di lokasi, kebakaran melibatkan ruang pejabat di tingkat empat bangunan berkeluasan 2,400 kaki persegi,” katanya dalam satu kenyataan.

Tiada sebarang nahas dalam kebakaran tersebut dan Unit Forensik sedang mengenal pasti punca kejadian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast