KUALA LUMPUR – Siapa tidak kenal dengan kaletah ramah Raja Permaisuri Agong (RPA), Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Twitter.

Baru-baru ini Tunku Azizah berkongsikan gambar dua ekor kucing yang baru dibelinya Sabtu yang lalu dan dinamakan ‘Ku Jeling’ dan ‘Ku Juling’.

Semalam Raja Permaisuri Agong memaklumkan kedua-dua kucingnya adalah ‘puteri’ (betina) dalam masa yang sama bergurau sesiapa yang mahu meminang haiwan peliharaannya itu perlu menyediakan 21 hantaran.

“Kucing ku puteri dua-dua…. siapa nak minang, hantarannya 21 dulang ok,” tulis Tunku.

Untuk rekod, kedua-dua ekor kucing itu merupakan baka Scottish Fold dan British Short Hair yang baharu dibeli Tunku Azizah .

Hantarannya dibalas oleh rakyat jelata yang turut bergurau dengannya.

Sehingga kini hantaran tersebut menerima retweet sebanyak 5,800  dan 20,500 likes. -MalaysiaGazette