Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jualan Perdagangan Borong & Runcit bagi bulan Julai 2019 berjumlah RM112.5 bilion, tumbuh 5.7 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Pertumbuhan ini disumbangkan oleh Perdagangan Borong yang merekodkan kenaikan RM3.2 bilion (+6.6%) diikuti oleh Perdagangan Runcit dengan RM3.1 bilion (+7.1%).

Manakala Kenderaan Bermotor merosot sebanyak RM0.3 bilion (-1.7%).

Indeks volum Perdagangan Borong & Runcit mencatatkan pertumbuhan 6.3 peratus kepada 132.9 mata berbanding bulan yang sama setahun lalu.

Pertumbuhan ini dipacu oleh Perdagangan Runcit dengan 8.4 peratus. Sementara itu, indeks volum pelarasan musim meningkat 1.1 peratus berbanding bulan sebelumnya, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Bagi prestasi mengikut subsektor, subsektor Perdagangan Runcit merupakan penyumbang utama dengan 7.1 peratus pertumbuhan tahun ke tahun. Pada tempoh sama, Perdagangan Borong meningkat 6.6 peratus. Sebaliknya Kenderaan Bermotor menyusut 1.7 peratus.

Pertumbuhan 6.3 peratus bagi indeks volum Perdagangan Borong & Runcit ini dipacu oleh Perdagangan Runcit (8.4%) dan diikuti oleh Perdagangan Borong (5.8%).

Kenderaan Bermotor pula tumbuh perlahan kepada 0.3 peratus pada tempoh yang sama.

Menurutnya, perdagangan Borong menjana jualan sebanyak RM52.4 bilion pada Julai 2019, meningkat RM3.2 bilion (6.6%) berbanding bulan yang sama tahun lalu.

Peningkatan ini disokong oleh Jualan Borong Bahan Mentah Pertanian & Haiwan Hidup (9.0%), Jualan Borong Makanan, Minuman dan Tembakau (7.2%), dan Lain-lain Pengkhususan Jualan Borong (7.0%). Bagi perbandingan antara bulan, jualan subsektor ini menyusut 2.3 peratus.

Manakala indeks volum Perdagangan Borong berkembang 5.8 peratus kepada 126.5 mata pada Julai 2019 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Jual Borong Bahan Mentah Pertanian & Haiwan Hidup mencatatkan pertumbuhan 10.8 peratus.

Ini diikuti oleh Jualan Borong Makanan, Minuman & Tembakau (8.3%) dan Jualan Borong Barangan Isi Rumah (7.1%). Indeks volum pelarasan musim bagi subsektor ini meningkat 1.1 peratus berbanding sebulan lalu.

Jualan Perdagangan Runcit pula mencatatkan pertumbuhan tahunan 7.1 peratus berbanding Julai 2018 dipacu oleh Jualan Runcit Makanan, Minuman & Tembakau di Kedai Pengkhususan (10.5%), Jualan Runcit di Kedai Khusus yang Menjual Barangan Lain (8.2%) dan Jualan Runcit di Kedai Bukan Pengkhususan (8.1%).

Bagi indeks volum, Perdagangan Runcit meningkat 8.4 peratus kepada 146.5 mata pada Julai 2019. Jualan Runcit di Kedai Bukan Pengkhususan merekodkan pertumbuhan 10.7 peratus.

Ini diikuti oleh Jualan Runcit Makanan, Minuman & Tembakau di Kedai Pengkhususan (9.9%) dan Jualan Runcit di Kedai Khusus yang Menjual Bahan Api Kenderaan (9.1%).

Manakala nilai jualan Kenderaan Bermotor turun 1.7 peratus berbanding tempoh sama setahun lalu disebabkan oleh Jualan Kenderaan Bermotor yang mencatatkan pertumbuhan negatif 5.8 peratus.

Berbanding sebulan lalu, nilai jualan melonjak kepada 7.3 peratus selepas mengalami kejatuhan 5.4 peratus pada Jun 2019. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast