KUALA LUMPUR – Sebuah menara penyejukan di Bangunan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Lorong Haji Hussein 2, Kampung Baru terbakar petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, kebakaran itu berlaku di bangunan MAIWP yang sedang dalam pembinaan.

Katanya, sejurus menerima panggilan daripada orang awam melalui talian MERS 999 pada pukul 6.42 petang, pasukan penyelamat dari Balai Bomba Titiwangsa, Sentul, Hang Tuah dan Jalan Tun Razak dengan kekuatan 60 anggota digegaskan ke tempat kejadian.

Menurut kenyataan itu, setibanya anggota di lokasi didapati menara penyejukan yang ditempatkan di tingkat sembilan bangunan itu terbakar 100 peratus.

Katanya, bomba berjaya mengawal api dalam tempoh beberapa minit dan kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Punca kejadian masih belum diketahui dan sedang disiasat. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.