imbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik membuat e-undi semasa pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Balik Pulau di SJKC Yang Cheng, Teluk Kumbar hari ini.Sebanyak 55,132 anggota PKR Pulau Pinang layak mengundi bagi memilih barisan kepimpinan peringkat pusat dan cabang.
Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

KUALA LUMPUR – Hotel FourSeason Kuala Lumpur dilihat membuat kesilapan mengenai status individu yang akan merasmikan satu program hotel itu pada 19 September depan.

Dalam satu jemputan media, hotel berkenaan dilihat menggelar Muhammad Bakhtiar Wan Chik sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya sedangkan jawatan Muhammad Bakhtiar adalah Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya kini dikepalai Datuk Mohamaddin Ketapi.

Pemangku Pengerusi PKR, Pulau Pinang itu dijangka merasmikan program ‘Discover Wondrous Malaysia with Four Seasons’ jam 3 petang, Khamis depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast