Allahyarham Tan Sri Shafie Mohd Salleh

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pengajian Tinggi, Tan Sri Shafie Mohd Salleh meninggal dunia di Hospital Selayang 9.30 pagi tadi.

Beliau berusia 73 tahun.

Difahamkan jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumah anaknya di Lot 2324 Jalan Giching, Kampung Giching Hilir, Salak Tinggi, Sepang.

Jenazah akan di solat selepas Solat Zohor di Masjid Al-Makmur, Kampong Ginching. – MalaysiaGazette